DARI MEJA PRESIDEN

“Pengurusan latihan kemahiran tenaga pemandu yang efektif dan berkesan adalah satu aspek yang sangat penting dalam menentukan kejayaan dan keberlangsungan sesuatu Organsasi atau Syarikat.

Pemandu Bertauliah yang menjadi tulang belakang kepada industri lojistik, pengangkutan dan pengedaran, hendaklah diberikan keutamaan dalam pendidikan sistematik dan pembangunan kerjaya, sekaligus memberi pengiktirafan kepada sumbangan Pemandu Bertauliah.

Metro Transformation Center adalah pilihan terbaik untuk anda memulakan kerjaya sebagai Pemandu Bertauliah.”

Major Dr. A. Aziz Bin Ibrahim

Presiden, Metro Transport College

PENGENALAN

Metro Transformation Center (MTC) dilahirkan melalui Metro Driving Academy yang telah beropersi sejak TAHUN 1998. Metro Transformation Center adalah sebuah PUSAT BERTAULIAH yang diiktirafkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi melahirkan pemandu profesional bekerjaya. MTC yang dilengkapi dengan kemudahan latihan pemanduan termoden dan terbesar di Malaysia bertempat di Pulau Meranti, Puchong, dan Kampung Melayu Subang berkeluasan 21 ekar.

Latihan secara komprehensif memenuhi standard keperluan industri pengangkutan dengan memberi tekanan khusus kepada kualiti, keselamatan, kemahiran, komunikasi pelanggan dan profesionalisma pemanduan. Metro Transformation Center (MTC) ditubuhkan bagi melahirkan pemandu bertauliah yang kompeten dan profesional, Bekerjaya dan berpendapatan tinggi yang dihasilkan melalui program-program standard kemahiran pekerjaan kebangssan (NOSS)

Dibawah program latihan yang dilaksanakan oleh MTC para peserta yang layak akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 dan Diploma Kemahiran pada tahap 4 serta Diploma Kemahiran Lanjutan pada tahap 5. Sijil-sijil / Diploma berkenaan akan dianugerahkan serta dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Metro Transformation Center (MTC) 

OBJEKTIF MTC

Melahirkan PEMANDU BERTAULIAH dan menjadikan PEMANDU sebagai satu PROFESION yang BERKERJAYA serta berpendapatan tinggi

KENAPA MTC?

Kursus yang dijalankan oleh Metro Transformation Center adalah program pertama sepertinya di Malaysia

Peserta akan mengikuti program keselamatan pemanduan di dalam semua aspek termasuk keselamatan muatan barang dan penumpang

 Kursus yang mudah diikuti dan dikuasai kerana ia lebih menekankan aspek praktikal berbanding teori

Diiktiraf oleh Kerajaan dan Syarikat-syarikat multinasional

Kemudahan pinjaman disediakan untuk pemohon yang layak

Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Advance Diploma

Jaminan pekerjaan

Peserta akan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam mengenal pasti masalah teknikal kenderaan

Pembiayaan program dibawah Metro Transformation Center (MTC) yang dijalani oleh organisasi atau syarikat yang boleh dituntut melalui HRDF(Human Resource Development Fund)

PERKHIDMATAN PROFESIONAL

IMPAK MELAHIRKAN PEMANDU PROFESIONAL

KLIEN KAMI

CARI KAMI DISINI

Metro Transport College (Puchong Campus)

Lot 3579, Jalan Akademi, Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan

Business Hours :

Monday to Sunday

8.30 am – 5.30 pm

✆ ➜ 03-80618989

waze us here : Metro Driving Academy – Puchong Campus

Profil Metro Driving Academy

Ditubuhkan pada tahun 1998, Metro Driving Academy telah dilesenkan oleh JPJ Malaysia dan mencapai penganugerahan sebagai INSTITUT MEMANDU TERBAIK & mendapat pengiktirafan 5 Bintang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Metro Driving Academy mempunyai Dua Kampus HQ iaitu di Kg. Melayu Subang (berdekatan Lapangan Terbang Subang) dan juga di Bandar Bukit Puchong. Dilengkapi dengan Fasiliti & Litar Memandu serta Menunggang yang dibina secara Profesional dan Komprehensif, Kampus kami juga telah menerima pengiktirafan & anugerah dari Badan Kerajaan & Swasta. Metro Driving Academy komited untuk menyediakan perkhidmatan Latihan Profesional & Pendidikan Pemandu yang Terbaik untuk calon/pelatih kami baik dari dalam Negara ataupun Antarabangsa, dengan Fokus ke arah melahirkan Pemandu Berhemah dan Selamat, serta mematuhi undang-undang jalanraya pada setiap masa, dalam apa jua pun keadaan. Bersesuaian dengan Slogan yang kami dukung, ‘Akademi untuk Kecermelangan Pemanduan’.