Metro Transformation Center (MTC) dilahirkan melalui Metro Driving Academy yang telah beropersi sejak TAHUN 1998. Metro Transformation Center adalah sebuah PUSAT BERTAULIAH yang diiktirafkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi melahirkan pemandu profesional bekerjaya. MTC yang dilengkapi dengan kemudahan latihan pemanduan termoden dan terbesar di Malaysia bertempat di Pulau Meranti, Puchong, dan Kampung Melayu Subang berkeluasan 21 ekar.
Latihan secara komprehensif memenuhi standard keperluan industri pengangkutan dengan memberi tekanan khusus kepada kualiti, keselamatan, kemahiran, komunikasi pelanggan dan profesionalisma pemanduan. Metro Transformation Center (MTC) ditubuhkan bagi melahirkan pemandu bertauliah yang kompeten dan profesional, Bekerjaya dan berpendapatan tinggi yang dihasilkan melalui program-program standard kemahiran pekerjaan kebangssan (NOSS)
Dibawah program latihan yang dilaksanakan oleh MTC para peserta yang layak akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3 dan Diploma Kemahiran pada tahap 4 serta Diploma Kemahiran Lanjutan pada tahap 5. Sijil-sijil / Diploma berkenaan akan dianugerahkan serta dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Metro Transformation Center (MTC)